Saturday, May 28, 2011 0 comments By: Camper's Delight Club

Cara Menyusun Beg.






Caranya mudah tetapi tidak boleh dipandang remeh. Banyak campers mengalami kecederaan kerana cara menyusun barang yang tidak betul. Kadangkala barang yang di bawa sedikit tetapi menjadi berat kerana penyusunan barang yang tidak betul.
Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diikuti oleh setiap campers : 

1. Barang yang berat di letakkan di bahagian atas diikuti dengan barang yang ringan di      
    bahagian bawah.

2. Sleeping bag, pakaian diletakkan di bahagian bawah sekali, diikuti dengan pakaian dan  
    makanan.

3. Pastikan tiada benda-benda tajam di dalam beg yang tertonjol keluar, terutama di 
    bahagian belakang beg. Ini memberi kesan pada tulang belakan anda.

4. Elakkan meletakkan barang-barang anda tergantung di luar beg. Ini memastikan ianya  
    tidak tersangkut pada ranting dan duri pokok.

5. Pastikan anda membuat sistem penyusunan sendiri, memudahkan anda mengingati     
    barang yang anda simpan. Jika kecemasan mudah bagi anda mengeluarkan barang anda.

6. Sebaiknya dapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman kerana pengalaman 
    yang membezakan antara campers.
Friday, May 13, 2011 0 comments By: Camper's Delight Club

Belajar Tentang Kayak (Anatomi Kayak)


Kali ini kita belajar serba sedikit berkenaan anatomi asas sesebuah kayak. Sebenarnya tidak susah untuk mengendalikan sesebuah kayak ini kalau kene dengan caranya. Kalau seseorang itu rajin belajar InsyaAllah dia dapat mengendalikan dengan baik dalam masa yang singkat sahaja.

ANATOMI KAYAK
Sebagaimana fizikal manusia,kayak mempunyai bahagian-bahagian yang penting dalam menentukan prestasinya.Secara amnya, semua kayak mempunyai bahagian-bahagian berikut namun berbeza dari segi saiz, bahan binaan dan bentuknya.Penerangan di bawah akan menerangkan fungsi setiap bahagian yang terdapat pada sesebuah kayak.

Bow dan Stern ( Haluan dan Buritan )

Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak.berbentuk tajam dan bulat. Bow adalah muncung bahagian hadapan manakala Stern adalah muncung bahagian belakang. Kedudukan kedua-dua bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh itu, bahagian ini bnoleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.Bahagian ini amat mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik.Fungsi utamanya ialah untuk memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tujuan kayak.

Hull

Dinding lantai, geladak bahagian bawah kayak.Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan kegunaan sesebuah kayak itu.

Deck ( Geladak Atas )

Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan.Dek hadapan di panggil foredeck manakala dek belakang dipanggil aftdeck.

Toggles

Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern.Kegunaannya ialah memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ketebing

Cockpit
Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia meruapakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya.Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding bahgian belakang.

Tempat Duduk ( Seat )

Tempat duduk pendayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standart ( mempunyai saiz yang tetap) , tempat duduk sederhana ( untuk kegunaan rekreasi ) , tempat duduk ketat ( untuk kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras ) dan tempat duduk boleh laras.

Coaming

Bahagian tepi yang kecik dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dari memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover.

Knee Brace


Terdapat di bahagian bawah coaming di bahagian foredeck.Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pepedayung dan memberikan cengkaman kaki pedayung lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.

Towline/Deckline

Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern. Ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, menunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline.

Keel

Terletak di bahagian bawah geladak bawah kayak Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel.

Buoyancy ( Bahan Apungan )


Bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bawah deck di bahagian bow dan stern. Fungsi utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan di masuki air. Selain itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. Secara amnya, terdapat tiga jenis buoyancy iaitu Beg Udara, Foam dan Polisterin.

Footrest

Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat meletak kaki pedayung. Ia berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang di hasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback dan kaki terhadap footrest.

Hatches


Lubang berpenutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck dan aftdeck.Fungsinya ialah untuk menyimpan peralatan diri dan perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut.
Friday, April 22, 2011 0 comments By: Camper's Delight Club

Perkhemahan Secara Kreatif.



Jadikan perkhemahan korang lebih mudah dan kreatif. Kalau dulu nak pasang khemah pun amik masa 5 jam, sekarang tak sampai 5 minit pun dah siap. Jom tengok design khemah-khemah ni…

Decathlon 2 Second Tent

Memasang khemah dengan hanya 2 saat. campak je di udara…kemudian Yay.. dah siap!! [link]
tent01 Perkhemahan secara Kreatif

Car Tent -Khemah kereta

Nampak macam sarung kereta, jadi korang boleh berkhemah kat parking kereta tanpa gangguan. (ceh, parking takyah bayar ke?) . [link]
tent02 Perkhemahan secara Kreatif

Nyamuk Tent

Khemah yang dapat elak dari nyamuk sebab ade jaring nyamuk…takde la hubab mane..hu  [link]
tent03 Perkhemahan secara Kreatif
tent041 Perkhemahan secara Kreatif

Emergency Tent

Khemah kecemasan di di reka seperti bangunan kecil yang ringan dan mudah dipasang. [link]
tent05 Perkhemahan secara Kreatif

Piilo Indoor Tent

Khemah ni sebenarnya direka untuk diletakkan dalam rumah, sebab ade sesetengah orang suka ade tempat privacy sendiri walaupun dalam rumah. [link]
tent06 Perkhemahan secara Kreatif

Treetent

Korang boleh tengok post yang lepas Berkhemah Atas Pokok. Betapa syoknye khemah ni.
tent07 Perkhemahan secara Kreatif

Respite Tent

Khemah ni pula direka supaya korang lagi mudah bergerak. Korang boleh baring atas khemah tu ataupun jadikan tempat perlindungan.. [link]
tent08 Perkhemahan secara Kreatif
tent09 Perkhemahan secara Kreatif

Treepee

Khemah ni pulak sesuai dibawa kalau tanah tempat perkhemahan tu lembik, berair ataupun berpaya. Takde la sejuk time korang tidur kan.[link]
tent10 Perkhemahan secara Kreatif

Star Gazer Tent

Khemah ni pulak membolehkan korang tengok bintang-bintang di langit bila nak tidur.. [link]
tent11 Perkhemahan secara Kreatif

Dress Tents

Paling simple sekali, khemah baju ni…err sebenarnya khemah ni utuk tujuan photography je,…haha [link]























Sumber
Monday, January 31, 2011 0 comments By: Camper's Delight Club

Info Tentang Perkhemahan ^_^

1. Pengenalan.
Berkhemah adalah satu kehidupan sederhana di luar rumah atau bangunan. Ia boleh dilaksanakan di pantai, hutan, bukit dan lain-lain. Apabila melakukan aktiviti ini, tanggung jawab terhadap perlindungan, keselamatan, makanan, alam sekitar dan aktiviti yang akan dilakukan semasa perkhemahan. Perancangan dan pengetahuan yang luas adalah diperlukan sebelum melaksnakan kativiti ini. Sebelum melaksnakan aktiviti langkahan di bawah perlulah dilaksnakan:-
1.1 Perancangan dan persiapan adalah merupakan asas keselesaan dan keselamatan aktiviti luar.
1.2 Faham bahawa lokasi aktiviti perlu berada di dalam linkungan undang-undang, mental, sizikal dan peralatan anda.
1.3 Ketahui bahawa cuaca adalah faktor utama yang menentukan keselesaan, kepuasan dan kebolehan diri semasa aktiviti.
1.4 Hormati alam semualjadi dan alam semulajadi akan menghormati anda.

2. Khemah
Khemah adalah alat perlindungan yang diperbuat daripada kain, kanvas atau lain-lain bahan yang boleh digerakkan. Dalam lain perkataan khemah merupakan satu perkara utama dalam aktiviti berkhemah. Tanpa khemah anda tidak boleh berkhemah. Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk berkhemah.
2.1 Khemah ‘A’ tanpa helaian terbang (single walled tent)
2.2 Khemah ‘A’ berhelaian (Double walled tent)
2.3 Khemah pengembara (Explorer tent)
2.4 Khemah tiang Satu
2.5 Khemah berangka
2.6 Khemah Igloo, dan
2.7 Berbagai jenis khemah yang lain mengikut kehendak dan kemampuan anda.

3. Perkara-Perkara Yang Perlu Di Ambil Perhatian Sebelum Berkhemah.
a. Perlindungan
Khemah yang anda miliki perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya. Disamping itu ianya perlu diberi perlindungan dari serangga.
b. Keselesaan
Khemah anda perlu selesa, kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa. Anda juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang anda.
c. Kalis Air
Khemah anda mestilah dari yang jenis kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah yang tidak kalis air apabila hujan lebat. Anda perlu pastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu benar-benar kalis air. Kalau tidak anda akan menanggung risiko berbasah apabila hujan.
d. Tahan Lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu anda ambil ingatan. Khemah perlu ringan disamping itu mesti tahan lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila digunakan untuk satu jangka masa yang sesuai dan manasabah.


e. Ukuran
Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan dan pastikan keselesaan untuk tidur dan menempatkan barang-barang di dalam khemah.
f. Harga
Biasanya khemah memenuhi semua syarat di atas, biasanya lebih mahal dari khemah yang memenuhi satu atau dua syarat, jika membeli khemah yang berharga beratus ringgit dan anda tidak menggunakan sepenuhnya. Ini adalah satu pembaziran.

4. Tapak Perkhemahan
Pemilihan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara tyang tidak dapat ditetapkan tanpa mengambil kira beberapa faktor penting. Walaupun anda rasa dan pernah berkhemah anda akan masih mengalami masalah dalam perkara ini. Anad akan dapati amat sukar untuk mendapat satu tapak perkhemahan yang sempurna dalam mana ianya memenuhi segala kehendak-kehendak dari segi tanah datar dan lapang, kedapatan air bersih, banyak bahan-bahan bakar, mudah disampai oleh pihak tertentu dalam kecemasan, laluan yang baik dan mudah keluar untuk membeli bekalan dan sebagainya. Faktor-faktor berikut hendaklah diambil kira:-
a. Corak perkhemahan yang terlibat, pengembaraan, berkeno, berbot, berbasikal atau berkenderaan motor.
b. Jangka masa berkhemah, sehari, seminggu dan sebagainya.
c. Bilangan peserta yang terlibat.
d. Alam persekitaran, pergunungan, hutan belantara, persekitaran dan sebagainya.


4.1 Corak Perkhemahan
Bagi pengembaraan yang berjalan kaki yang mempunyai laluan.seperti trek balak, kampung, trek orang asli dan sebagainya anda mungkin mencari tapak berkhemah yang berhampiran laluan tersebutada baiknya anda mencari tapaknya lebih kurang 100-200 ela dari laluan tersebut ini kerana anda tidak akan diganggu oleh mereka yang mungkin menggunakan laluan tersebut. Bianatang-binatang ternakan juga akan menggunakan laluan tersebut. Keperluan seperti air dan jika anda menggunakan dapur kayu, juga kayu hendaklah mudah diperolehi. Pilih tapak yang sesuai dari kawasab lapang, tidak semak, tiada pohon-pohon besar dan tanahnya tiada selut atau lembab. Setelah memilih, dirikan khemah. Waktu yang lewat untuk menaikan khemah di mana sahaja anda berada iala pukul lima petang. Khemah hendaklah dinaikkan sebelum gelap atau sebelum membuat apa-apa kerja lain.

4.2 Bilangan yang terlibat
Apabila anda berkhemah seorangn , tapak yang dipilih tidaklah perlu luas. Keperluan air dan bahan bakar pun tidak perlu banyak. Tetapi keperluan ini akan berlipat ganda apabila anda berkhemah ramai. Ini termasuk khemah yang besar, peralatan yang banyak dan bekalan yang lebih. Oleh yang demikian dengan bilangan yang ramai, maupun jangka masa berkhemah itu singkat tetapi keperluannya berlipat ganda. Perancangan awal adalah perlu sebelum mendirikan khemah agar jumlah peserta yang ramai tidak mendatangkan masalah, bukan sahaja semasa perkhemahan malah selepas perkhemahan.

4.3 Alam Persekitaran
Walau bagaimana sekalipun persediaan awal diambil atau dirancang, alam persekitaran akan menentukan kejayaan satu-satu perkhemahan. Anda tidak boleh pandang remeh peranan alam persekitaran terhadap aktiviti anda. Peninjauan hendaklah dilakukan sebelum anda keluar berkhemah. Peninjauan ini tidak perlu anda pergi ke tempat tersebut. Peta topo dan maklumat tempatan boleh ditentukan. Memahami keadaan fizikal sesuatu kawasan yang anda pilih untuk berkhemah akan membantu anada menentukan jenis peralatan yang perlu dibawa.

Keadaan sesuatu tempat juga akan menentukan jenis khemah yang akan digunakan. Berkhemah dikawasan pinggir pergunungan atau kawasan tinggi berbeza dari berkhemah di kawasan rendah atau datar. Khemah yang digunakan dikawasan pergunungan mestilah berwarna gelap dan rendah. Ini kerana warna gelap meresap panas matahari dan kerendahan khemah akan mengekal suhu panas yang mana anda perlu disebabkan hawa sejuk. Disamping itu, ada kawasan-kawasan tinggi yang kerap hujan dan ditempat seperti ini anda perlu pastikan khemah anda betul-betul kalis air. Tempat-tempat begini kadang kala susah bekalan air atau bekalan bahan bakar.

Berkhemah di hutan belantara memerlukan khemah jenis berwarna cerah dan tinggi. Kadangkala perlu ada kelambu. Tinggi supaya mendapat pengaliran udara dan cerah agar ia memantul cahaya matahari dan kelambu supaya tidak membenarkan serangga masuk. Disamping itu khemah yang cerah adalah baik dari segi keselamatan, ianya mudah kelihatan dan mungkin mudah untukk diberi bantuan jika berlaku kecemasan. Berkhemah di hutan lebih mudah dari berkhemah di kawasan pergunungan memandangkan anda boleh menggunakan bahan-bahan hutan.

Bagi pengembaraan berkayak di sungai, anda perlu berkhemah berhampiran sungai dan berhampiran dengan kayak anda. Perhatikan kesan air ditebing dengan memerhati kesan paras air lumpur, kayu-kayu mati dan lain-lain bahan yang dihanyutkan oleh air. Di negara kita paras air sungai akan naik dengan mendadak jika hujan turun di hulu. Oleh yang demikian pastikan yang khemah dan kayak anda jauh dari paras air tersebut. Jangan berkhemah di tanah yang berpasir, jika boleh. Ia mudah meresap air dan mudah juga bertakung air. Nai9kkan khemah anda di tanah keras tetapi mudah meresap air bukan tanah liat. Kadangkala tapak seperti ini mungkin jauh dari sungai, tetapi ia selamat, jika boleh bawa keno anda bersama, kalau berat, ikat ditebing sungai dengan tali panjang agar ianya selamat walaupun berlakunya kenaikkan paras air dengan tiba-tiba.

Cara di atas juga hendaklah diamal jika anda berkayak di laut. Kesan atau paras pasang surut dilaut lebih mudah dikenali dengan memerhati bahan-bahan seperti kulit siput dan lain-lain hidupan laut. Pilih tapak yang selamat jauh dari air pasang. Dan jangan berkhemah dibawah pohon-pohon kayu besar terutama pokok kelapa.

Kalau mengambara dengan bot, perkara-perkara di atas perlu di ambil kira. Cuma bezanya di antara berkayak dengan bermotor bot, kalu berkeno anda perlu berhenti mencari tapak perkhemahan bila hari mulai petang, tidak kira di mana anda berada, tapi kalau bermotor bot jika anda tahu ada bandar atau kampung dihadapan – mungkin terlalu jauh untuk berkayak- anda masih lagi boleh berbot ke tempat tersebut. Berkhemah berhampiran kampung akan memudahkan anda dari segi bekalan dan lain-lain kemudahan.

Perkara di atas juga hendaklah di ambil perhatian jika anda mengambara menggunakan basikal dan kenderaan lain. Jika anda mengembara dengan kenderaan bermotor anda mungkin tidak menghadapi masalah tentang tapak perkhemahan kecuali dengan jumlah peserta yang ramai.

4.4 Jangkamasa Berkhemah
Tapak perkhemahan yang anda pilih untuk bermalam kadangkala tidak sesuai untuk berkhemah lebih dari satu malam. Ini mungkin disebabkan ketiadaan air, bahan bakar, tiada tempat yang sesuai untuk tandas dan sebagainya. Ataupun ianya terlalu dekat dengan kediaman orang yang mana mungkin untuk satu malam anda dibenarkan tetapi untuk hari selanjutnya kebenaran tidak di beri.

Apabila anda berkhemah untuk jangka masa yang lama, anda perlu sediakan beberapa perkara yang mungkin anda tidak perlu adakan untuk berkhemah sehari. Paling utama ialah bekalan air, bukan sahaja untuk minuman, membasuh dan mandi tapi untuk kegunaan lain. Ini bererti anda memerlukan bekalan air yang banyak, oleh itu pilihlah kawasan yang dipilih memenuhi kehendak ini.

Selain dari itu, kemudahan membuang air kecil dan besar perlu diadakan. Anda perlu juga bekalan kayu api yang mencukupi untuk jangka masa yang anda akan berada di situ. Keperluan makanan hendaklah bawa mengikut jangka masa anda berkhemah sekiranya kawasan itu tidak mempunyai kedai.

Pada keseluruhannya apa yang harus di aiambil kira, semasa menaikkan khemah ialah ‘impact’ atau kesannya kepada alam sekitar dan ekologi. Jangan cuba membawa segala kemudahan yang anda nikmati dirumah ke tempat berkhemah. Berkhemahlah dengan sederhana dan jangan tinggal kesan-kesan yang memakan masa bertahun-tahun untuk pulih – seperti menebang pokok, membersih kawasan berlebihan, membakar hutan untuk unggun api, membuang sampah merata dan mengotorkan kawasan dengan najis anda.


5. Tatacara Perkhemahan.
5.1 Berkhemah dalam kumpulan kecil - bilangan besar dengan ketenangan tak selari.
5.2 Rancangan aktiviti anada untuk mengurangkan sampah – jauhkan botol dan tin.
5.3 Bawa keluar apa yang anda bawa masuk – ambil bersama anda sampah yang tiada terbakar. Menanam tidak sesuai kerana cuaca dan binatang akan mengeledah.
5.4 Ikut trek atau laluan yang sedia ada – jangan merentas sesuka hati.
5.5 Kecilkan pembinaan tapak perkhemahan. – Jangan memusnahkan tumbuhan.
5.6 Jangan berkhemah berhampiran rumah, jalan, air terbuka, trek atau khemah orang – hormati pesanan orang.
5.7 Jangan gunakan sabun atau lain bahan cucian di sungai atau tasik. Ambil air ke khemah anda supaya air yang di pakai meresap ke tanah.
5.8 Tanamkan najis – pilih tempat yang sesuai, jauh dari air dan kawasan perkhemahan, gali lubang dan pastikan anda kambung dengan tanah.
5.9 Dapur bergerak adalah lebih baik dari kayu api, kayu kering ada peranannya dalam pusingan alam semula jadi.
5.10 Kalau menggunakan kayu, pastikan api anda kecil dan jimatkan penggunaan kayu. Pastikan juga pai di padam betul-betul sebelum meninggalkannya.
5.11 Jaga hidupan dan tumbuhan liar. Awasilah perseimbangan alam kerana anda adalah sebahagian daripadanya.

6. Peralatan Perkhemahan
Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di beri perhatian untuk satu perkhemahan akan bergantung bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:-
6.1 Khemah yang sesuai.
6.2 Bag galas
6.3 Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
6.4 Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
6.5 Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain.
6.6 Botol air, kole dan bekas minuman.
6.7 Pisau dan pembuka tin
6.8 Lampu picit serta beteri dan lat gantinya.
6.9 Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
6.10 Kotak pertolongan cemas.
6.11 Kotak ikhtiar hidup.
6.12 Tali
6.13 Ponco atau baju hujan.
6.14 Parang/kapak kecil.
6.15 Bekas air tambahan.
6.16 Selimut atau bag tidur.

Kalau anda tidak membawa messtin anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain dari perkara-perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-keperluan peribadi seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa apa yang disebutkan di atas adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah jika difikirkan perlu. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa hendaklah 1/3 daripada berat badan. Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada jarak yang jauh. Jika anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah mengikut kesesuaian.

Pastikan segala peralatan untuk berkhemah disiapkan dengan awal sebelum tarikh anda kan pergi berkhemah untuk mengelakkan dari tertinggal.

7. Makanan
Makanan semasa berkhemah hendaklah muda dan cepat disediakan. Tetapi ini tidak bererti makanan semasa berkhemah tidak perlu diambil berat. Makanan semasa berkhemah hendaklah segar, berzat, mudah hadam dan harus mengandungi vitamin dan protain yang secukupnya. Ini perlu kerana anda akan menggunakan tenaga yang banyak, lebih dari yang kebiasaan.

Satu cara yang sesuai ialah dengan penyediaan jadual pemakanan. Dengan adanya jadual ini anda akan dapat menentukan jenis makanan pada setiap waktu. Ini akan menjimatkan masa dan perbelanjaan.

Seperti mana yang tersebut di atas, apa sahaja jenis makanan yang anda pilih, ianya hendaklah mudah dan senang disediakan. Namun begitu makanan haruslah enak di makan dan mesti mengandungi semua zat dan vitamin yang diperlukan.

Perhatian hendaklah diberi kepada membawa makanan tersebut. Makanan basah seperti iakan, daging dan sayur-sayur adalah makanan berzat tetapi tidak tahan lama kalau tidak di sejukkan. Maka satu cara lain untuk membawa makanan seperti ini dengan memilih altenatif yang lain – makanan kering atau makanan segera. Walaupun ianya kering dan segera tetapi kandungan zat dan vitaminnya tidak harus dilalaikan.

8. Perancangan Makanan
Di bawah ini diberi satu menu yang boleh anda jadikan panduan untuk menyediakan satu-satu perancangan untuk berkhemah:-

Contoh:-
Katakan anda hendak keluar berkhemah pada hujung minggu pada hari sabtu selama tiga hari. Anda akan keluar rumah selepas sarapan pagi, anda jangka akan sampai ke tempat perkhemahan pada waktu petang. Maka anda perlu menyediakan minuman petang dan makan malam di tapak perkhemahan.

Menu contoh di atas akan memberi gambaran sebenar untuk menyediakan keperluan makanan semasa berkhemah. Dengan penyediaan menu seperti ini anda akan dapat menentukan jumlah setiap makanan yang perlu anda sediakan semasa perkhemahan. Cara ini juga kan memastikan anda akan membawa makanan yang secukupnya semasa berkhemah. Anda perlu ingat bahawa makanan yang berlebihan akan menambahkan beban mimikul dan pembaziran.


9. Cara Membungkus
Semua jenis makanan hendaklah dibungkus dengan baik. Bekas platik yang tidak mudah pecah dan terbuka hendaklah digunakan. Sarung plastik jug aboleh digunakan. Sebagaimana anda sedia maklum bahwa sarung platik amat ‘versetile’ dan jika diguna dengan cara yang betul ianya kan memudahkan perkhemahan anda. Untuk memastikan ianya tidak mendatangkan beban musnahkan plastik dengan cara membakar atau membawanya keluar bersama anda.

Dengan menggunakan plastik anda dapat mengurangkan penggunaan tin dan botol. Tetapi jika anda terpaksa menggunakan keduanya pastikan tin dibakar dan kemekkan sebelum ditanam. Bekas-bekas botol hendaklah ditanam tanpa dibakar atau dipecahkan

10. Minuman
Minuman hendaklah dibawa dalam bekas yang ringan. Jika boleh jangan gunakan bekas kaca. Kaca berat dan mudah pecah. Kalau anda membawa minuman bancuh gunakan bekas plastiktapi kini semua jenis minuman boleh didapati dalam bentuk sebuk. Jenis ini mudah dibawa, ringan dan mudah disediakan.

Jenis minuman terserah kepada selera anda, tetapi anda perlu ingat apa jua jenis minuman yang anda bawa harus disediakan, mudah dibawa, ringan dan tahan lama tanpa memerlukan peralatan khas. Kurangkan bekas tin dan botol dan air berkabonat.


11. Pembahagian Makanan.
Apabila berkhemah beramai, pembahgain makanan adalah mustahak. Pastikan setiap ahli atau peserta diberi bahagian yang sama berat. Setiap pekhemah hendaklah membawa makanan yang lenglkap, tidak dari satu jenis. Ini akan memastikan anda masih boleh disediakan jika berlaku apa perkara diluar jangkaan.

12. Penutup
Perlu ditegaskan disini, bahawa apa yang telah diperkatakan sepanjang nota ini berkenaan perkhemahan adalah merupakan cara yang paling sederhana. Adalah dirasa perlu cara yang serba sederhana ini di amalkan sebelum seseorang itu meningkat pengalaman yang lebih tinggi yang membolehkannya menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat pada masa kini.

Asas Perkhemahan!

Perkara asas kepada rekreasi atau kegiatan luar adalah perkhemahan. Jadi untuk permulaan saya akan bincang dan kongsi pengalaman yang sedikit dan rasakan amat cetek ini di sini.

Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu.

Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin.

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza :

1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.

2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.

3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

Keselamatan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat

1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu.

2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya.

3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai.

4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.

5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.

6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini telah berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu masa dulu.

7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan disambar petir adalah besar.

8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah.

9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah.

10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah.

11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merusakan khemah.

12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu

13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula

14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup sesuka hati.

Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu. Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul.

Untuk mendapat kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran denai atau trek.

Satu pesanan penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas plastik. Jangan menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis hendaklah di dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai.

Sekian, selamat berekreasi